Nama No Metrik
-Ahmad Imaan Haqim Bin Zakaria 12DEE1B16F1008
TAJUK
CIRI-CIRI BUADYA MASAYARAKAT CINA DI MALAYSIA
PROGRAM
PENGAJIAN MALAYSIA
SESI
JUN 2016
NAMA PENSYARAH
PUAN ROHANI ABDUL RAZAK
JABATAN
JABATAN PENGAJIAN AM
Syukur kehadrat ilahi dengan limpah dan kurnianya dapat kami menyiapkan kerja kursus ini dengan jayanya. Kami ingin merakamkan ribuan terima kasih kepada beberapa pihak yang telah membantu kami dalam menghasilkan kerja kursus pada kali ini. Antaranya,ialah pensyarah Pengajian Malaysia kami iaitu Puan Rohani Binti Abdul Razak. Beliau telah banyak membantu saya dalam menyiapakan kerja kursus ini.. Berkat bantuan beliau saya dapat menghasikan kerja kursus ini dengan lancar
Selain itu, saya juga ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada pihak perpustakaan Politeknik Kuala Terengganu kerana banyak membantu saya untuk mendapatkan rujukan. Mereka juga telah banyak membantu saya dalam menghasilkan suatu kerja kursus yang baik. Dengan adanya rujukan saya rasa lebih bersemangat untuk meyiapakan kerja khusus ini.
PENGENALAN
PENGHARGAAN
Syukur kehadrat ilahi dengan limpah dan kurnianya dapat kami menyiapkan kerja kursus ini dengan jayanya. Kami ingin merakamkan ribuan terima kasih kepada beberapa pihak yang telah membantu kami dalam menghasilkan kerja kursus pada kali ini. Antaranya,ialah pensyarah Pengajian Malaysia kami iaitu Puan Rohani Binti Abdul Razak. Beliau telah banyak membantu saya dalam menyiapakan kerja kursus ini.. Berkat bantuan beliau saya dapat menghasikan kerja kursus ini dengan lancar
Selain itu, saya juga ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada pihak perpustakaan Politeknik Kuala Terengganu kerana banyak membantu saya untuk mendapatkan rujukan. Mereka juga telah banyak membantu saya dalam menghasilkan suatu kerja kursus yang baik. Dengan adanya rujukan saya rasa lebih bersemangat untuk meyiapakan kerja khusus ini.
Alhamdulillah
berkat bantuan pihak di atas, kerja kursus saya dapat dihasilkan dengan baik
serta menarik. Sesungguhnya, jasa mereka tidak dapat kami balas dengan wang
ringgit, oleh itu, kami mendoakan agar kehidupan mereka akan diberkati oleh
Allah SWT.
PENGENALAN
Budaya
atau kebudayaan adalah suatu cara hidup yang berkemabang dan dimiliki bersama
oleh sebuah kelompok orang dan diwarisikan dari generasi ke generasi. Budaya terbentuk
dari banyak unsur yang rumit, termasuk sistem agama dan politik, adat istiadat,bahasa,
perkakas, pakaian, bangunan, dan karya seni. Bahasa, sebagaimana juga budaya, merupakan
sebahagian dari diri manusia yang tidak dapat dipisahkan sehingga banyak orang cenderung
menganggapnya diwariskan secara genetis. Ketika seseorang berusaha berkomunikasi
dengan orang-orang yang berbeza budaya dan menyesuaikan perbezaannya,membuktikan
bahawa budaya itu dipelajar
Budaya
adalah suatu pola hidup menyeluruh. Ia bersifat kompleks, abstrak, dan luas.Banyak
aspek budaya turut menentukan perilaku berkomunikasi. Unsur-unsur sosio-budaya ini
tersebar dan meliputi banyak kegiatan sosial manusia
Daripada
kesemua pengertian ini,kebudayaan bolehlah disimpulkan sebagai keseluruhan cara
hidup manusia termasuk hasil ciptaan dan pemikiran yang sesuai dengan kehendak
rohani dan jasmani yang menjadi amalan
untuk kesejahteraan hidup sesuatu kelompok masyarkat.
Kebudayaan
mempunyai hubungan erat dengan masyarakat. Menurut Melville J.Herskovits
dan Bronislaw Malinowksi, segala sesuatu yang terdapat di dalam sesebuah masyarakat
mempunyai hubungkait atau boleh ditentukan oleh kebudayaan yang dimiliki masyarakat
itu sendiri. Fahaman ini dikenali di kalangan ahli antropologi (kajian manusia) sebagai
fahaman determinisme (atau penentuan) budaya. Herskovits seterusnya memandang budaya
sebagai sesuatu yag diperturunkan daripada satu gnerasi ke generasi seterusnya
dan
konsep ini disebut sebagai organik lampau.
ISI-ISI
ASAL
USUL KAUM CINA DI MALAYSIA:
Sejarah kehadiran kaum cina bermula dengan berkembangnya
Melaka sebagai pusat perdagang, diikuti Pulau Pinang dan Kuala
Lumpur.Sebilangan besar kaum cina di Malaysia berasal dari dua wilayah di negeri
China iaitu Hokkien dan Kwangtung. Kehadiran mereka ini membawa bersama bukan
sahajabarangan dagangan untuk tukaran, tetapi juga adat resam, budaya dan corak
pakaian tradisional mereka yang kemudiannya disesuaikan dengan suasana
tempatan.
CIRI-CIRI
BUDAYA MASYARAKAT CINA DI MALAYSIA
-
CARA BERPAKAIAN
Busana
klasik
kaum Cina yang asalnya berlapis-lapis, sarat dengan sulaman benang emas dan sutera, kini masih boleh dilihat dengan diubahsuai mengikut
peredaran masa dan kesesuaian. Jubah Labuh, Cheongsam, Baju Shanghai dan Samfoo kekal dipakai di dalam majlis dan upacara. Kebanyakannya masih dihasilkan dari negeri China menggunakan
fabrik sutera dan broked yang berwarna terang dengan ragam hias benang
emas dan
perak
Pakaian
cheongsam atau ‘baju panjang’ yang selesa dan anggun juga sering dilihat hingga ke
hari ini. Lazimnya, cheongsam mempunyai leher yang tinggi, butang di bahagian
bahu, bentuk yang sendat di pinggang dan belahan di kiri dan kanan kain. Pakaian
ini selalunya diperbuat daripada kain sutera, satin dan lain-lain jenis kain
lembu.
Samfoo membawa maksud 'baju dan seluar' dalam dialek Kantonis. Ia merupakan pakaian harian wanita keturunan Cina selain dari cheongsam. Ia digemari oleh wanita-wanita separuh umur dan yang bekerja di ladang, lombong atau di rumah. Samfoo diperbuat daripada kain nipis yang tidak bercorak atau berbunga halus. Samfoo turut dipakai oleh lelaki berketurunan Cina tetapi mempunyai sedikit perbezaan dengan samfoo yang dipakai oleh wanita Cina. Pakaian ini terdiri daripada baju yang longgar dan terbelah di depan dan berkolar tinggi serta dipakai bersama seluar longgar seperti seluar baju Melayu. Pakaian ini biasanya diperbuat daripada kain lembut seperti kain sutera.
Samfoo membawa maksud 'baju dan seluar' dalam dialek Kantonis. Ia merupakan pakaian harian wanita keturunan Cina selain dari cheongsam. Ia digemari oleh wanita-wanita separuh umur dan yang bekerja di ladang, lombong atau di rumah. Samfoo diperbuat daripada kain nipis yang tidak bercorak atau berbunga halus. Samfoo turut dipakai oleh lelaki berketurunan Cina tetapi mempunyai sedikit perbezaan dengan samfoo yang dipakai oleh wanita Cina. Pakaian ini terdiri daripada baju yang longgar dan terbelah di depan dan berkolar tinggi serta dipakai bersama seluar longgar seperti seluar baju Melayu. Pakaian ini biasanya diperbuat daripada kain lembut seperti kain sutera.
- PEMAKANAN
Budaya makanan masyarakat Cina keistimewaan yang tersendiri.
Bahan utama dalam menu masyarakat Cina ialah bahan soya yang terdiri daripada tahu, taucu, dan
kicap soya serta lain-lain. Bahan ini kemudian akan diolah bersama rempah yang
digunakan oleh kaumMelayu seperti kayu manis, daun ketumbar, dan sebagainya
Kuih
bulan merupakan makanan tradisi kaum Cina. Sejarah kuih ini bermula selepas orang-orang
Cina menumpaskan penjajahan Moghul pada akhir Dinasti Yang Pada perayaan kuih
bulan, makanan tradisinya adalah kuih bulan itu sendiri. Mereka berarak sempena
perayaan ini dengan membawa sekali tanglung. Terdapat juga tradisi yang
menyatakan kuih bulan ini diberi kepada Dewa Dapur bagi memastikan Dewa Dapur
tidak dapat menyampaikan berita buruk kepada Maharaja Syurga kerana tidak dapat
membuka mulut akibat memakan kuih bulan. Oleh itu, kuih bulan ini penting bagi
kaum Cina.
.
.
Dalam
hidangan budaya Cina biasanya terdiri daripada dua atau lebih komponen utama
iaitu satu sumber utama biasanya nasi dan disertai dengan hidangan
sayur-sayuran, ikan, dan daging. Antara makanan Cina yang terkenal ialah
Yusheng di mana ia merupakan satu adat resam Tahun Baru Cina di Malaysia dan
Singapura yang mana saudara-mara berkumpul di keliling meja lalu melambung
cebisan ramuan ke udara dengan penyepit apabila disuruh, sambil melaungkan
ucapan untuk menandakan bermulanya tahun yang makmur.
-ADAT PERKHAWINAN
Perkahwinan
dalam masyarakat Cina merupakan satu titik tolak yang membawa perubahan besar
dalam kehidupan mereka. Perkahwinan penting untuk mengekalkan institusi keluarga
dan melaluinya keturunan nenek moyang dapat diteruskan daripada satu generasi kepada
generasi yang lain. Dalam masyarakat Cina, sesuatu perkahwinan itu dirancang
dan diatur sebaik-baiknya. Mengikut kepercayaan mereka juga, pasangan yang
berkahwin tanpa mengikut aturan adat dianggap tidak sah. Terdapat dua bentuk
perkahwinan yang diamalkan oleh mereka iaitu eksplisit iaitu perkahwinan yang
diatur samada oleh ibu bapa atau orang tengah (moi-ngin) dan implisit iaitu
perkahwinan di mana kedua-dua lelaki dan perempuan diberi kebebasan untuk
memilih pasangan masing-masing. Pada asasnya adat resam perkahwiwan masyarakat
Cina merangkumi peringkat merisik, meminang, bertunang dan majlis perkahwinan.
Hari perkahwinan akan dilangsungkan setelah setahun bertunang atau mengikut tempoh yang dipersetujui oleh kedua belah pihak. Sebelum tiba hari perkahwinan sekiranya terdapat kematian di kalangan ahli keluarga bakal pengantin, perkahwinan itu mesti ditangguhkan pada tahun hadapan ataupun selama seratus hari. Adalah tidak manis mengadakan perkahwinan sewaktu orang lain sedang berkabung kesedihan. Pada hari perkahwinan tersebut pengantin perempuan dan lelaki dihias indah.Masyarakat Cina pada masa dahulu memakai pakaian pengantin yang diperbuat daripada kain sutera dan disulam benang emas. Kemudian setiap pakaian dihias dengan pelbagai aksesori. Baju pengantin sebaik-baiknya bewarna putih, merah atau kuning. Adalah dilarang memakai baju hitam, biru dan kelabu kerana dipercayai warna-warna tersebut melambangkan kematian dan kesedihan.
Hari perkahwinan akan dilangsungkan setelah setahun bertunang atau mengikut tempoh yang dipersetujui oleh kedua belah pihak. Sebelum tiba hari perkahwinan sekiranya terdapat kematian di kalangan ahli keluarga bakal pengantin, perkahwinan itu mesti ditangguhkan pada tahun hadapan ataupun selama seratus hari. Adalah tidak manis mengadakan perkahwinan sewaktu orang lain sedang berkabung kesedihan. Pada hari perkahwinan tersebut pengantin perempuan dan lelaki dihias indah.Masyarakat Cina pada masa dahulu memakai pakaian pengantin yang diperbuat daripada kain sutera dan disulam benang emas. Kemudian setiap pakaian dihias dengan pelbagai aksesori. Baju pengantin sebaik-baiknya bewarna putih, merah atau kuning. Adalah dilarang memakai baju hitam, biru dan kelabu kerana dipercayai warna-warna tersebut melambangkan kematian dan kesedihan.
-NAMA-NAMA ORANG CINA
Nama
orang Cina terdiri dari 3 perkataan yang dimulai dengan nama keluarga. Patah
kata kedua mewakili nama segenerasi di kalangan adik-beradik dan sanak-saudara.
Nama ketiga pula merupakan nama bagi panggilan diri sendiri. Sistem nama yang
baik perlu mengambil kira makna , unsur Yin dan Yang serta dibuat mengikut
perhitungan matematik Cina. Terdapat lima aspek penting yang perlu diberi
perhatian dalam memberi nama bayi yang baru lahir.
Kerumitan
orang Cina memilih nama yang sesuai untuk seseorang bayi kadangkala menyebabkan
mereka mengambil masa yang agak lama, khususnya bagi mereka yang masih terikat
dengan adat yang terpaksa merujuk kepada kitab-kitab tertentu.
-ADAT KEMATIAN
Kematian
ibu bapa dalam masyarakat Cina adalah upacara yang amat berharga dan mahal
kosnya yang terpaksa ditanggung oleh anak-anak. Keranda yang baik, tanah
kuburan yang baik dan pakaian kematian yang bagus pastinya memerlukan belanja
besar.
Dalam
masyarakat Cina, upacara pengkebumian adalah acara yang amat meriah yang
dipenuhi dengan peraturan dan adat tertentu. Selepas pengkebumian mayat, akan diadakan
pelbagai upacara lain terutama adat pembakaran colok dan alatan yang diperbuat daripada
kertas sebagai bekalan hidup si mati di alam akhirat. Upacara ini biasanya akan
diketuai oleh Sami yang diamanahkan oleh keluarga si mati. Oleh kerana adat
kematian ini dianggap terlalu penting dalam masyarakat Cina, banyak kepercayaan
dan pantang larang mesti diperhatikan dan dipatuhi apabila berlaku sesuatu
kematian.
PERAYAAN
DALAM MASYARAKAT CINA
1.SAMBUTAN
TAHUN BARU CINA
Hiasan
tanglung berwarna merah yang pelbagai saiz dan bentuk sering memenuhi kawasan
kediaman masyarakat Cina. Ini menunjukkan perayaan itu akan disambut dengan
cukup meriah. Hiasan dalaman rumah dan tanglung-tanglung serta birai pintu
rumah juga akan diwarnai dengan warna merah bagi menyambut ketibaan tetamu.
Hiasan bunga-bunga juga berona merah mewujudkan semangat keceriaan yang padu
dan harmoni.
Pada
zaman dahulu orang-orang tua masyarakat Cina sering berpesan agar orang-orang
kampung menggantungkan kertas berwarna merah di pintu-pintu dan tingkap-tingkap
rumah mereka pada setiap waktu menjelangnya tahun baru. Ini kerana dikhuatiri
binatang bernama Nian (raksaksa) akan mengganas di kawasan rumah mereka. Warna
merah sangat ditakuti oleh Nian, dan mampu menghalau raksaksa tersebut.
Masuknya
Tahun Baru Cina iaitu hari perayaan masyarkat cina antara sebab kanak-kanak
yang dinantikan ialah pemberian 'angpau' atau sampul merah yang berisi duit.Bagi yang belum khawin, mereka juga layak mendapat
‘angpau’.Pada perayaan Tahun Baru Cina ,angpau biasanya diberi oleh yang sudah
berkhawin atau yang belum berkhawin.
Warna
merah sampul ini melambangkan tuah. Jumlah wang yang terkandung dalamnya
lazimnya dikehendaki bermula dengan angka genap kerana angka ganjil dikaitkan
dengan wang yang diberi ketika majlis pengebumian . Jumlah wang yang diberi
pada majlis perkahwinan biasanya adalah untuk menampung perbelanjaan hadirin
serta membantu pasangan pengantin.
2.CHAP
GOH MENG
Hari
kelima belas bagi perayaan ini iaitu hari ‘ Chap Goh Mei ‘ tidak kurang pentingnya.
Ia adalah hari terakhir bagi bulan penuh, menandakan penutup bagi perayaan
ini.
Perayaan
tersebut jatuh pada malam 15 hari bulan, bulan pertama Imlek China. Hari itu
juga disebut "Pesta Lampu", kerana lampu-lampu dinyalakan pada sebelah
malam sebagai aktiviti utama pada hari perayaan itu.
Tahun
Baru Cina bukan sahaja diraikan oleh kaum Cina di merata dunia, malah turut
dirayakan oleh bangsa Korea, Vietnam, Mongol dan Miao (Hmong China) yang
dipengaruhi oleh China dari segi kebudayaan dan keagamaan.
3.KUIH
BULAN
Salah
satu daripada perayaan yang disambut oleh etnik Cina di Malaysia selain Tahun
Baru Cina ialah Perayaan Kuih Bulan atau lebih dikenali sebagai
Festival Pertengahan Musim Luruh (zh ng qíu) disambut pada setiap 15 hari bulan
lapan dalamό kalendar lunar. Pada waktu ini, bulan biasanya mengambang terang,
menjadikannya waktu yang sesuai untuk meraikan hasil tuaian musim panas. Di Malaysia, perayaan ini turut dikenali sebagai Pesta Tanglung. Pada hari ini,
pesta ini.diraikan dengan santapan kuih bulan dan perarakan tanglun.
Kuih
Bulan merupakan salah satu hidangan istimewa pada perayaan ini. Kuih Bulan
diperbuat daripada adunan manis yang berinti kacang merah, atau adunan biji teratai,
atau kuning telur masin. Pada masa kini, berbagai-bagai jenis kuih bulan yang telah
dipromosikan oleh peniaga. Menurut legenda, pesanan untuk memberontak telah disebarkan
melalui surat yang diletakkan di dalam Kuih Bulan yang akhirnya berjaya menjatuhkan
Dinasti Mongol.
Walaupun
terdapat banyak cerita dongeng yang berbeza tentang asal-usul Pesta Kuih Bulan,
tetapi makan kuih bulan merupakan perkara penting dalam perayaan ini. Kuih
bulan yang berbentuk bulat turut dikenali sebagai “kek penyatuan”, menjadi simbol
bersatu-padu. Sungguhpun zaman sudah berbeza, tetapi Perayaan Kuih Bulan tetap
merupakan kesempatan bagi kaum Cina untuk mengutarakan perasaan akrab antara
anggota keluarga dan sanak saudara serta berdoa memohon restu dan nasib baik.
KESIMPULAN
Masyarakat
Cina mempunyai adat resam atau pantang larang yang agak unik. Kehidupan
seharian mereka yang dipengaruhi oleh persekitaran dan alam sekeliling menyebabkan
mereka banyak bergantung kepada nasib. Dalam pelbagai perkara, tukang tilik mempunyai
peranan yang besar sebagai pakar rujuk dalam hal-hal kelahiran, perkahwinan dan
kematian.
Adat resam dan pantang larang ini diamalkan secara
berbeza-beza mengikut kaum-kaum tertentu dalam masyarakat Cina, namun apa
yang diterangkan seperti berikut merangkumi adat resam masyarakat Cina secara
keseluruhannya,
Kepentingan
adat resam di dalam hidup masyarakat tidak kira apa bangsa sekalipun tidak
dapat dinafikan. Adat yang merangkumi seluruh aspek bermula dari kelahiran, perkahwinan
sehinggalah kematian terdapat di dalam hidup semua masyarakat di Malaysia. Adat
resam merupakan kebiasaan cara hidup yang diamalkan oleh sesuatu masyarakat
yang dapat menggambarkan corak budaya masyarakat tersebut
RUJUKAN
https://www.scribd.com/doc/70154179/Budaya-Masyarakat-Cina-Di-Malaysia
Situs Terbaik KAMI HOKI96ACE .ONLINE
ReplyDeleteMinimal deposit 25rb
Newmember Bonus 10rb
Bonus harian 20%
Poker Freechips 5rb setiap hari
Info Lebih Lengkap Hubungi Kami :
WA +62 852 1030 0882
BBM : 96ACEIDN
LINE : 96ACEIDN
IG : QQ96INDO
-PROMO BONUS DEPOSIT 20%
-PROMO CASHBACK MIX PARLAY 100%
-BONUS POKER HARIAN
* Gratis Register
* 100% Terpercaya & 100% Fairplay
* No Bot Player Vs Player
* JACKPOT 100% Bayar Penuh
* Minimal Deposit Rp25.000 & Withdraw Rp50.000
* Semua Game Bisa Dimainkan di PC/Android/IOS
* 24 Jam Customer Service
Casino - Hendon Mob | JamBase
ReplyDeleteHotel rooms. There's a swimming pool and 진주 출장마사지 a 여수 출장마사지 hot tub 경상북도 출장샵 for everyone. There's a Jacuzzi 화성 출장샵 and a 부천 출장샵 pool area to enjoy for